Wednesday 27 October 2021

 Entah le,

Saya menulis mengenai pakaian terakhir ni, bukan menunjukkan yang saya ni baik sangat. Saya menulis kerana untuk muhasabah diri saya, bahawa hidup kita ini hanya sekejap aje.

Persediaan perlu dilakukan. Acap kali saya menerima panggilan telefon bahawa pakaian terakhir diperlukan dengan kadar segera.

Kalau ianya berhampiran dengan saya, InsyaAllah saya akan hantar segera. Memang saya susun kotak pakaian terakhir dirumah dengan jumlah yang munasabah.

Kalau yang telefon saya itu jauh dari kawasan saya,

"maaf, saya tak dapat hantar dengan segera" itulah yang selalu saya nyatakan dalam perbualan telefon 🥺

Perkara ini nampak mudah, kalau kita bersedia🤲

-simpan set jenazah untuk diri sendiri-


No comments:

Post a Comment