Tuesday 31 January 2023

 KISAH LAMA SET PENGURUSAN JENAZAH


Masa mula-mula nak buat perkhidmatan pakaian terakhir (kain kapan) ini, anak kecil inilah yang banyak membantu.

Anak ini menyaksikan pengorbanan masa dan tenaga untuk menyempurnakan fardhu kifayah ini.

Anak kecil ini jugalah yang membantu menyusun dan mengangkat kotak untuk dihantar pada mereka yang memerlukan.

Sekarang anak kecil ini sudah dewasa. Umurnya sekarang 16 tahun. Sudah menghafal 22 juzuk al-quran.

Ada lagi 2 tahun untuk menjadi Hafiz. Moga tercapai cita-citanya. Kita hanya membantu, selebihnya usaha mereka.