Monday 6 August 2018


TANGGUNGJAWAB ANAK

“Husna, Jangan bersedih, inilah saat dan ketika kita untuk berbakti pada ayah” beritahu Fika sambil memeluk Husna. Husna terasa kehangatan Fika memeluknya. Air matanya makin laju. Fika ler tempat dia bermanja sekarang. Ibu Husna sudah setahun pergi. Semalam ayahnya pula mengikut ibu menuju alam abadi.


“nah sapu tangan ni, lap air mata, Jangan menangis lagi” Bisik Fika sambil melepas pelukan pada husna.


“Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anaknya”. Lagak Fika seperti seorang ustazah menasihati anak muridnya.


“ Bertul ker Fika, Apa caranya” Tanya Husna.

Yang mereka perlukan ialah
1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.
2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.
3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka .
4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.
5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.


Husna mengangguk kepalanya. Dia memahami apa yang Fika sampaikan.

Sambung Fika lagi “setelah matinya seorang ibu atau ayah, segalanya sudah berubah. Di alam akhirat nanti segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi, hilang sudah senda gurau, gelak tawa, perhiasan yang indah”


“ Yang bernilai hanyalah pahala yang dibawa atau pahala yang dikirim oleh sianak” Nasihat Fika pada husna. Husna berasa tenang setelah mendengar nasihat tadi. Benar apa yang dicakap oleh Fika. Insyallah dia akan cuba lakukan demi ibu dan ayahyang disayangi.

**************************************

Ingatlah... hari ini kita sebagai anak mendoakan ibu bapa yang telah pergi…jangan lupa kita beritahu anak kita bahawa kita juga memerlukan doa mereka setelah kita pergi mengadap ilahi.

Shazam - Pemborong Set Jenazah
- Simpan Set Jenazah Untuk Diri Sendiri -




Kamarulnizam bin Majid
SHAZAM PURNAMA ENTERPRISE
No Tel : 0194793445
Email: pemborongsetjenazah@gmail.com
Alamat: No 52 Felcra gugusan Lekir,32000 Sitiawan, Perak


Sunday 5 August 2018

JAGA AKHLAK

"Abah, adik nak jadi orang baik, macam abah, tapi adik tak tahu nak buat macam mana"

"Macam ni adik, adik kena buat amalan didunia ini seolah-olah Allah melihat apa yang adik buat" jawab abah sambil menarik nafas dalam-dalam. Nampak ada senyuman manis diwajah abah.

Sambil garu kepala, dahi berkerut "adik tak paham ler"

"Begini adik, segala amalan yang kita lakukan didunia ini dilihat oleh ALLAH, termasuk amalan-amalan yang tidak baik yang adik lakukan. Buat baik dapat pahala, buat jahat jangan sekali" jawab abah dengan tenang sambil pegang bahu adik.

Adik mengangguk kepala tanda dia faham. Dia tidak bertanya lagi. terus ke dapur untuk bersarapan pagi.

Hidup didunia ini penuh cabaran. Dunia hanya sementara. Akhirat kekal abadi. Perbanyakkan amalan kebaikan kerana ia akan dinilai walau sekecil zarah.


Menyusun set jenazah di dalam kereta.

Shazam - Pemborong Set Jenazah
- Simpan Set Jenazah Untuk Diri Sendiri -


Kamarulnizam bin Majid
SHAZAM PURNAMA ENTERPRISE
No Tel : 0194793445
Email: pemborongsetjenazah@gmail.com
Alamat: No 52 Felcra gugusan Lekir,32000 Sitiawan, Perak

Thursday 2 August 2018

CERITA SERAM


"Ada bau apa-apa tak?. lain macam baunya" tanya husna pada fika.

"Aku tak bau apa pun" balas fika sambil memuncungkan mulut dan menarik nafas untuk merasa kebauan yang dimaksudkan oleh Husna tadi.

"Cuba kau bau elok-elok, Hidung aku rasa pedih dengan bau ni" balas Husna sambil menutup hidung dan mulut. Matanya dibesarkan sedikit untuk beri isyarat pada fika yang dia memang ada bau yang tidak enak untuk dihidu.

"eh, betul ler, aku tak bau apa pun" balas Fika sambil menarik nafas sedalam-dalamnya.

"aku bau kapur barus" jelas Huda dengan tanganya kiri mencari sapu tangan untuk menutup hidung.

Fika tersenyum" memang ler bau kapur barus. aku beli set jenazah tadi. aku simpan set jenazah ni supaya ko dapat uruskan jenazah aku nanti mudah, senang dan cepat".

"ko beli kat mana fika, berani ko simpan set jenazah yer" sambil membuat mimik muka pelik.

"Aku beli kat fb Pemborong Set Jenazah, harga borong" balas Fika sambil tersenyum.

Watak di atas tiada kaitan diantara yang hidup atau mati. Hanya coretan sebelum tidur.


Shazam - Pemborong Set Jenazah
-Simpan Set Jenazah Untuk Diri Sendiri-

SET JENAZAH YANG LENGKAP 



Kamarulnizam bin Majid
SHAZAM PURNAMA ENTERPRISE
No Tel : 0194793445
Email: pemborongsetjenazah@gmail.com
Alamat: No 52 Felcra gugusan Lekir,32000 Sitiawan, Perak