Wednesday 27 June 2018


KIT PENGURUSAN JENAZAH YANG LENGKAP!!


Berapa ramai antara kita bersedia dengan kematian? Berapa antara kita yang menyumbang kepada khairat kematian? Jika ditakdirkan salah seorang ahli keluarga kita menemui ajal, adakah kita bersedia dengan dana yang mencukupi? Adakah kita nak menunggu derma dari orang ramai?

Tahukah anda sekarang dah wujud KIT untuk memudahkan urusan pengurusan jenazah? Kan mudah bila kita dah ada stok didalam simpanan.

Kau nak tahu lebih lanjut? Kau baca lagi dibawah.

SHAZAM PURNAMA ENTERPRISE

Merupakan syarikat bumiputera yang memfokuskan perniagaan SET KIT PENGURUSAN JENAZAH.

Dengan motto mudah, cepat dan senang menguruskan jenazah, syarikat ini menawarkan kit pengurusan jenazah yang merangkumi semua kelengkapan yang diperlukan dalam satu kotak.




Kepada kalian yang berminat nak tau lebih lanjut, boleh lah klik seperti yang tertera dibawah:-



Kamarulnizam bin Majid
SHAZAM PURNAMA ENTERPRISE
No Tel : 0194793445
Email: pemborongsetjenazah@gmail.com
Alamat: No 52 Felcra gugusan Lekir,32000 Sitiawan, Perak

Tuesday 19 June 2018

10 TIPS YANG PERLU ANDA TAHU APABILA JENAZAH KELUARGA BARU MENINGGAL DUNIA???


Kematian boleh berlaku pada bila masa-masa sahaja. Ianya tidak lewat atau cepat walau sesaat pun. Andaikata ada kematian berlaku dihadapn kita, kita perlu menguruskan kematian tersebut. Pengalaman saya menguruskan jenazah pada jam 1 pagi amat berharga untuk dikongsi bersama. Tindakan awal untuk menguruskan jenazah mesti dikatahui. Peringkat awal pengurusan jenazah mesri dilakukan dengan segera.

Dibawah ini #psj sertakan 10 tips tindakan awal untuk menguruskan jenazah. Semoga ianya memberi manfaat untuk dikongsi bersama.

1. Apabila seseorang itu telah disahkan menjadi jenazah, perkara utama sekali mestilah kita mengucapkan
"Inna lillahi wa inna ilahi roji'un "
Maksudnya : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “

2. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.

3. Rapatkan kedua belah matanya. ( jika matanya terbuka )

4. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.

5. Rapatkan mulutnya. ( jika mulutnya terbuka )

6. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.

7. Luruskan kakinya.

8. Ikatkan kedua ibu jari kakinya.

9. Letakkan di tempat yang tinggi. ( atas katil )

10. Hadapkan ke Qiblat.

Penyediaan set pengurusan jenazah yang lengkap perlulah disegerakan. Waris boleh membeli keperluan untuk urusan mandi dan mengkafan jenazah. Dipihak admin, ada menyediakan set jenazah dengan borong. Boleh hubungi seperti tertera dibawah.

Monday 18 June 2018


MENGAPA WARIS TIDAK MAHU MENGURUSKAN JENAZAH SIMATI??


Hidup lawannya mati, kemudian manusia akan dibangkitkan semula pada hari Kiamat untuk menerima balasan.

Hidup yang terhad ini perlu diisi dengan amalan-amalan soleh kerana iman dana mal yang soleh ini sahaja yang menjadi sebaik-baik bekalan untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT didunia dan diakhirat.

Menurut agama islam, apabila orang agama islam meninggal dunia wajib ia :-
1) Dimandikan
2) Dikapankan
3) Disembahyangkan
4) Dikebumikan.

Tetapi malangnya, ada juga waris tidak dapat menguruskan jenazah simati. Perkara ini sering berlaku. Didalam video ini, #psj akan menerangkan 3 sebab mengapa mereka takut menguruskan jenazah simati. SELAMAT MENONTON.


-Simpan Set Jenazah Untuk Diri Sendiri-






3 SEBAB WARIS TAKUT URUSKAN JENAZAH SIMATI

Monday 4 June 2018

TIPS MENJANA PAHALA DIBULAN RAMADHAN

[[ RAMADHAN ]]


Set Jenazah Lengkap


Bila nak raya, semua orang beli baju raya. Bila nak berbuka puasa, semua orang beli juadah berbuka. Bila nak kahwin, semua pakat beli cincin untuk disarungkan.

Semua orang bersedia untuk apa jua kerja dan perkara yang bakal kita lalui. Cuma satu benda yang tidak ramai orang buat.

Bila nak mati, jarang-jarang orang beli set kain kapan untuk diri sendiri. Padahal mati itu wajib. Mati itu pasti untuk setiap makhluk yang bernyawa.

Sepasang baju melayu buat raya harga sampai 4-5 ratus rela beli lagi. Namun pakaian untuk di alam sana, harganya rm155 cuma. Lengkap dah tu. Sekali je pun beli, namun tak ramai yang ada dan bersedia.

Belilah satu, simpan kat rumah. Kita tak tahu ajal kita bila mendatang. Lebih molek lagi, kau beli 4-5, sedekah kat masjid berdekatan.

Orang mati sentiasa ada, dan tak semua punya wang untuk beli kelengkapan jenazah ini.

Kalau yang nak buat projek amal bulan puasa ni pun bagus.. Beli dan wakafkan di masjid-masjid untuk kegunaan orang kurang mampu yang kematian ahli keluarga.

Besar pahala tu. Sediakan kemudahan untuk orang yang tersepit dan tak mampu. Fardu kifayah atas masyarakat bantu semua itu.

Jika berminat boleh hubungi :



Kamarulnizam bin Majid
SHAZAM PURNAMA ENTERPRISE
No Tel : 0194793445
Email: pemborongsetjenazah@gmail.com
Alamat: No 52 Felcra gugusan Lekir,32000 Sitiawan, Perak